♡ Lynnnnnnnn


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER FAMILY NEWER OLDER +FOLLOW
T A G B O A R D


A R C H I V E


C R E D I T

Template by Aqila Farah Zulkifli . Basecode by Yasmin/Yacemin.
Header by Aina Najihah
Re-dit by LynnJHN

Tangisan Adalah Satu Terapi Laa .


Bilakah kali terakhir anda menangis ? Menangis sentiasa dikaitkan dengan wanita dan sifat lemah seseorang . Saya pasti ramai yang menyangkanya begitu namun ini tidak benar sama sekali . Setelah membaca sebuah artikel ,Alynn Johanariffin mengetahui bahawa menangis adalah salah satu terapi dan boleh memberi kebaikan kepada tubuh . Mari kita sama-sama membaca 5 khasiat menangis dari sudut perubatan :

Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan

Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan .
Meningkatkan kadar degupan jantung

Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan , urat-urat dada dan kedua0dua belah bahu . Selepas menangis , kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang .
Menghalang penyakit

Universiti Temple dari Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat . Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan . Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi , maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka .
Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai .
Membebaskan racun dari badan

Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata , “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh , maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk berbanding kaum lelaki , maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan .”

Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan . Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.
Air mata mengandungi 25% protein

Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protien dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium . Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis .

p/s :
Begitulah ceritanya tentang menangis . Jadi jika anda rasa nak menangis , jangan ditahan-tahan , biarkan ia berlaku kerana ia adalah satu terapi . Macam kelakar kann , tetapi REALITI !

0 comment[s] | back to top