♡ Lynnnnnnnn


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER FAMILY NEWER OLDER +FOLLOW
T A G B O A R D


A R C H I V E


C R E D I T

Template by Aqila Farah Zulkifli . Basecode by Yasmin/Yacemin.
Header by Aina Najihah
Re-dit by LynnJHN

Kebaikan Memakai Kanta Sentuh atau Contact Lenses . Cekidautt .


Adakah anda mengalami masalah penglihatan dan kurang selesa dengan kaca mata anda ? Jika anda kurang selesa dan kaca mata anda membatasi aktiviti anda , mengapa tidak mencuba kanta sentuh ?

Apakah kebaikan kanta sentuh ?
Kebaikannya boleh dikelaskan kepada aspek berikut :

Fizikal:

1. Ia selamat dan terdiri dari pelbagai jenis yang boleh menepati cita rasa anda
2. Ia tidak akan jatuh semasa anda sedang bermain, menari atau bersenam
3. Ia tidak akan berkabus jika anda bergerak dari kawasan sejuk ke panas dan lembap
4. Ia tidak akan memantulkan cahaya seperti sesetengah kaca mata
Fungsinya lebih baik berbanding kaca mata biasa jika anda aktif dalam kegiatan sukan . Ini kerana kanta sentuh memberikan medan penglihatan yang lebih luas,lebih jelas dan mengurangkan risiko kecederaan .
Kosmetik :

Kanta sentuh membuat anda nampak lebih menarik dan bergaya!
Kornea atau anak mata yang tidak cantik boleh disembunyikan di sebalik kanta sentuh yang berwarna
Ia menaikkan tahap keyakinan diri anda .
Optikal Kanta sentuh memberikan

1. Imej yang lebih besar
2. Penyebaran cahaya yang lebih baik
3. Kurang penyimpangan imej di bahagian sisi
4. Pandangan yang lebih luas
5. Penglihatan yang lebih jelas
Perubatan Kanta sentuh yang lembut boleh digunakan untuk

1. Luka/ulser di kornea
2. Bullous keratitis
3. Sindrom Steven-Johnson
4. Neuroparalytic keratitis
5. Exposure keratitis
Kanta sentuh yang keras boleh digunakan untuk :

1. Keratoconus
2. Mata kering
3. Astigmatism yang serius
Bilakah saya boleh mula menggunakan kanta sentuh ?

Dapatkan nasihat pakar penjagaan mata (optometrist). Pada umur 11 tahun , mata anda sudah cukup matang , dan anda boleh memakai serta memahami arahan penggunaan kanta sentuh dengan baik .
Adakah penggunaan kanta sentuh mempunyai sebarang keburukan ?

Masalah boleh berlaku jika terdapat:
1. Jangkitan kuman pada mata .
2. Ini jarang terjadi jika kebersihan kanta dan mata diutamakan
3. Kerosakan pada kanta.

Anda boleh mengelakkan kerosakan kepada kanta sentuh dengan menyimpannya di dalam bekas yang telah disediakan
Anda perlu pastikan kuku anda pendek bila memakai kanta sentuh
Kehilangan kanta

Untuk mengelakkan kanta anda hilang , pemakaian kanta sentuh mesti dilakukan di atas meja .

p/s:
Oleh itu , terdapat banyak kebaikan apabila anda memakai kanta sentuh . Cuma anda perlu berhati-hati dan menjaga kesihatan , insyaAllah tiada kesan memudaratkan apabila memakai kanta sentuh . Jagalah aspek kesihatan anda . Bertukarlah kepada kanta sentuh !

9 comment[s] | back to top