T A G B O A R D ♡A R C H I V E ♡C R E D I T ♡Cara Nakk Tenangkan Hati Dalam Masa 3o saat je , let's go :)
Setiap hari , pasti masing-masing akan melalui dugaan kehidupan yang tersendiri . Sehingga ada yang merasakan mereka tidak mempunyai masa untuk menenangkan hati atau perasaan mereka walaupun sekejap . Tetapi ia sebenarnya hanya boleh dilakukan dalam masa 30 saat je . Apa biar betul 3o saat ? Takk cayalah . Okeyy jomm ikot neh antara cara yang anda boleh cuba adalah jeng jeng jeng : (1) Bernafas dalam-dalam 70% sisa yang berada didalam tubuh berjaya dihapuskan apabila anda bernafas dalam-dalam . Anda boleh cuba melakukannya dengan meletakkan tangan pada bahagian perut , dan rasakan ia naik dan turun pada setiap kitaran nafas . Dalam masa 30 saat , ia dapat membantu untuk lebih menenangkan hati anda . Cerrr tryy menjadi lah . (2) Ikrar atau azam Sekiranya anda sedang berada didalam dilema atau kerisauan mengenai sesuatu masalah , tanamkan azam yg mampu anda lakukan untuk berusaha mengatasi masalah tersebut . Cara ini bukan sahaja akan menenangkan hati anda , malah ia akan lebih memberi keyakinan untuk anda menempuhi masalah yang sedang dihadapi dengan kadar segera . (3) Regangkan badan Sekiranya anda sedang berada didalam tekanan , lakukan sedikit regangan untuk mengurangkannya . (4) Senyuman Hanya dengan senyuman , ia mampu membebaskan tekanan dan ketegangan otot pada wajah anda . Selain itu , ia bukan sahaja membantu untuk menenangkan hati anda sahaja , malah turut menenangkan orang lain apabila melihat anda . (5) Minum air masak / mineral Kandungan air didalam otak anda adalah kira-kira 75% , ia juga adalah tempat paling mudah untuk kekurangan air . Otak anda memerlukan air untuk berfikiran lebih jelas . Apabila anda berjaya untuk memikirkan sesuatu itu dengan jelas , secara tidak langsung ia akan membantu menenangkan hati anda . (6) Pejam mata Pejam mata sebentar dan cuba bayangkan perkara yang boleh menenangkan hati anda . Sebagai contoh , bayangkan mengenai percutian yang pernah anda lalui , kenangan bersama ahli keluarga atau sebagainya . Indahnyaaa (: (7) Dengar lagu Memang tidak dapat dinafikan , lagu amat memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi emosi seseorang . Sekiranya anda mendengarkan lagu yang berbentuk sentimental atau perlahan , ia secara tidak langsung akan turut menenangkan hati dan perasaan anda . (8) Termenung sebentar Mungkin ramai yang menyatakan bahawa termenung tidak memberikan apa-apa manfaat didalam kehidupan . Tetapi , ia sebenarnya dapat membantu menenangkan hati seseorang . Sekiranya anda sedang berada didalam kerungsingan , tiada masalah untuk termenung sebentar tetapi jangan terlalu mengikut perasaan . p/s : Inilah serba sedikit cara yang ada eyy hanya 3o saat je tauu . Cubalahhh nah semua :) Let's cekidaut . 8 comment[s] | back to top |