♡ Lynnnnnnnn


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER FAMILY NEWER OLDER +FOLLOW
T A G B O A R D


A R C H I V E


C R E D I T

Template by Aqila Farah Zulkifli . Basecode by Yasmin/Yacemin.
Header by Aina Najihah
Re-dit by LynnJHN

Lingkaran Hitam Bawah Mata atau Eyes Bag :]


Lingkaran hitam bawah mata atau lebih dikenali eye bag sering menganggu penampilan seseorang . Tapi , ada juga sesetengah individu yang tak pedulikan hal ini langsung , heee. Tapi bagi yang sering mementingkan penampilan diri , masalah lingkaran hitam ni sikit sebanyak merisaukan anda . Betul takkk ?

Lingkatan hitam ini terjadi apabila anda kekurangan darah atau kurang tidur , maka wajah tampak pucat dan muncul lingkaran gelap di sekeliling mata . Faktor keturunan juga dapat menyebabkan timbulnya lingkaran hitam .

PERAWATANYAAA


Krim , masker , pelembab


Agar mata selalu sihat , indah dan tidak berkerut sebelum waktunya , tidak ada jalan lain kecuali merawatnya secara teratur dan sejak mula dengan cara pelembaban . Kulit sekeliling mata sebaiknya diberi pelembab yang mengandung bahan-bahan yang dapat mengurangi penguapan air yang berlebihan dari kulit , misalnya yang mengandung asam hialuronat atau kolagen .

Untuk mata bengkak dimana penyebabnya adalah adanya zat-zat racun yang mengendap di dalam jaringan mata , gunakan masker mata yang mengandungi hazelnut , bunga mawar , atau bunga jagung . Selain boleh menghilangkan pembengkakkan, bahan-bahan tersebut memberi kesan menyejukkan. Caranya ialah bersihkan mata terlebih dahulu, kemudian lekapkan masker ini , lakukan pada malam hari menjelang waktu istirehat .

Urutan


Atau amalkan Eye Massager-hanya perlu letakkan di bahagian mata , dan urutan akan dirasainyanya . Lakukan selepas bangun dari tidur atau sebelum tidur .

Senaman


Beberapa ahli kecantikan menganjurkan untuk melakukan senaman khusus otot di sekitar mata yang berguna untuk merangsang aliran di sekitar mata . Caranya , dengan jari tengah lakukan pengurutan dari bahagian tengah kelopak mata ke arah luar , kemudian bergerak ke sudut mata bahagian dalam. Lakukan pengurutan serupa untuk kelopak mata bahagian bawah . Terakhir , urut pangkal hidung dari atas ke bawah . Lakukan sebanyak 5 kali .

Pemakanan


Amalkan vitamin , selain melakukan perawatan dari luar, perawatan dari dalam pun perlu dilakukan . Vitamin C dos tinggi sangat baik untuk mata kerana akan membantu pembentukan kolagen yang merupakan bahan untuk mengurangi proses pigmentasi di sekeliling mata . Begitu juga dengan Vitamin A yang berguna untuk mempertajam mata .

Oleh kerana itu agar kulit sekitar mata tidak cepat berkerut dan bayangan hitam tak selalu muncul , perlu dilakukkan perawatan khusus baik itu dengan perawatan alami ataupun moden .

Petua tradisonal untuk menghilangakan lingkaran hitam bawah mata ponn ada jadi
ikutilah 7 langkah di bawah untuk hilangkan kesan hitam bawah mata anda




1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang .

2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus .
3. Kemudian , letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih .
4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan .
5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata .
6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit .
7. Selepas itu , barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih .

p/s:

Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan . Jika diizinkanNya , lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan .

4 comment[s] | back to top