T A G B O A R D ♡A R C H I V E ♡C R E D I T ♡Apakah Kesilapan Dalam Bercinta ?
Rasa bercinta memang best kan , tetapi adakalanya cinta yang di nikmati tidak seperti yang kita harapkan . Ada yang bercinta bagai nak rak , macam belangkas ke hulu ke hilir bersama tapi last-last putus juga . Tapi apa sebenarnya kesilapan kita dalam bercinta ni ? Cinta Materialistik kah ? Bercinta kerana harta dan wang ringgit . Selagi si dia tu berduit , kita akan sentiasa disisi . Tapi bila dah pokai kann mm , jangan kata nak jumpa , call tanya khabar pun tidak . Dah nampak sangat kita sayangkan dia sebab poket dia yang penuh . Cinta Kerana Nafsu kah ? Mentang-mentang si dia tu macam model (untuk perempuan) atau berbadan sasa (untuk lelaki), terus terpikat . Luah rasa cinta ahhh i loveyousomuch rasa sayang , semata-mata nak menikmati tubuhnya . Tapi kalau esok lusa badan si dia dah mengelebeh sana sini , perut dah boroi arghhhh , terus kita angkat kaki . Cinta Kerana Sudah Menjelang Senja kah ? Usia dah makin meningkat , dah takut di gelar andartu atau bujang terlajak . Siapa yang di depan mata terus kita rembat . Walhal dalam hati langsung takde feel pun . Tapi dah terpaksa sebab takut expiry date kita dah dekat . Cinta Balas Budi kah ? Selama ni kita asyik bergatung segalanya pada si dia . Last-last terpaksa mengadai badan sebab dah tak mampu nak balas budi . Dalam hati langsung tiada rasa cinta tapi terpaksa juga berkorban . Cinta Simpati kah ? Jauh bezanya antara rasa kesian dan rasa cinta . Jangan sebab asyik melayan ‘drama’ si dia sehingga akhirnya kita terpaksa jadi pak sanggup pula . p/s : Dari apa yang alynn perhatikan , kesilapan-kesilapan begini memang sering kita lakukan . Betul ke tak ? Cinta yang lahir kerana keterpaksaan jarang sekali kekal . Apa pendapat semua pembaca Stanza Alisya ? 4 comment[s] | back to top |