T A G B O A R D ♡A R C H I V E ♡C R E D I T ♡1o sifat calon suami perlu anda cari dan miliki ~
Jika anda seorang wanita , carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki , jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut : Kuat amalan agamanya . Menjaga solat fardhu , kerap berjemaah dan solat pada awal waktu . Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan . Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan . Akhlaknya baik , iaitu seorang yang nampak tegas , tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur . Pertuturannya juga mesti sopan , melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia . Tegas mempertahankan maruahnya . Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya . Amanah , tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan . Tidak boros , tetapi tidak kedekut . Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana . Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap . Pergaulan yang terbatas , tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian . Mempunyai rakan pergaulan yang baik . Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama . Bertanggungjawab . Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya . Wajah yang tenang , tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan . Haa , itulah sifat calon suami yang perlu anda semua cari . Jika tadak semua kann 4 ke-atas punn jadilah . Sekarang payah susah jenuh tauu nak jumpa suami yang mempunyai sifat yang sedemikian qhupa (: 2 comment[s] | back to top |