♡ Lynnnnnnnn


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER FAMILY NEWER OLDER +FOLLOW
T A G B O A R D


A R C H I V E


C R E D I T

Template by Aqila Farah Zulkifli . Basecode by Yasmin/Yacemin.
Header by Aina Najihah
Re-dit by LynnJHN

Bagaimana Nak Tahu Siapa Jodoh Kita ?



Entryy ini adalah sekadar perbincangan , bukan artikel yang menerangkan . Alynn mengajak anda para sahabat pembaca untuk turut beri pandangan .

Ya , alynn sebelum ini dan sehingga sekarang pun masih tertanya-tanya , siapakah jodoh kita , siapakah insan itu ? Bagaimana nak tahu siapakah dia ? Adakah soleh ? Adakah solehah ?

Bagi alynn , biarpun alynn sendiri masih tidak terlibat dalam urusan nak mendirikan rumah tangga , biarpun alynn sendiri masih tidak tahu siapakah jodoh alynn , alynn berpendapat bahawa usaha mencari pasangan hidup yang beramal dengan agama ialah satu keperluan . Sape setuju ? Nak berumah tangga bukan sekadar sebulan dua , tetapi sepanjang hayat . Oleh sebab itu , hal ini wajar diambil berat dan diberikan fokus sepatutnya bagi mereka yang mahu mendirikannya kannn ? *ceyy ayat*

Anda ada pendapat ? Kalau ada , mohon dikongsikan di sini . Boleh ?

Sehingga kini , apa yang alynn sudah terbaca dan terdengar :

Untuk dapat pasangan yang baik , diri sendiri perlu jadi baik kann .
Mengambil cadangan pasangan hidup daripada orang yang baik . Antaranya daripada orang-orang yang soleh kerana mereka yang punyai hati yang bersih dan dekat pada ingatan akan Allah , dikurniakan ilham dan firasat yang lebih hampir . hee
Antara tanda orang tersebut ialah jodoh kita ialah adanya keserasian , tidak terlalu berbeza .


Apa-apa pun , perbincangan ini pun adalah sebahagian daripada ibadah . Membentuk keluarga dan generasi umat Islam yang soleh-solehah ialah sebahagian daripada sunnah Nabi kita s.a.w. yang mulia . Setuju takk ? Sama-sama kita berusaha untuk membaiki diri dan berdoa kepada Allah agar dimudahkan urusan kehambaan kita , dan dikurniakan pimpinan-Nya . InsyaAllah :)

4 comment[s] | back to top