T A G B O A R D ♡A R C H I V E ♡C R E D I T ♡ |
Adab Berziarah Di Hari Raya (:
![]() Amalan ziarah-menziarahi sememangnya dituntut oleh agama . Bukan sekadar menziarahi kaum keluarga atau sanak-saudara bahkan jiran-jiran terdekat hatta individu yang tidak pernah dikenali sebelum ini . Tujuan kunjung-mengunjung adalah untuk merapatkan silaturahim dan saling bermaafan . Bukan bertujuan untuk mendapatkan duit raya , memperaga baju raya paling cantik, mahal ataupun melihat setiap hiasan atau susun-atur rumah yang kita kunjungi . Islam memperincikan beberapa syarat atau adab yang perlu diamalkan ketika seseorang Muslim berhasrat untuk menziarah jiran atau sanak saudara , bukan sahaja pada hari raya malah ketika hari-hari biasa . Adab-adab tersebut diperincikan bermula daripada sebelum berziarah , semasa menziarah , selepas menziarah dan perkara-perkara yang perlu dihindarkan ketika berziarah . Adab-adab sebelum berziarah : * Memilih masa yang sesuai P/s: Masa yang sesuai dikira berdasarkan keselesaan pihak yang anda kunjungi, bukan keselesaan pihak anda . Sebagai contoh , kunjungan ke rumah seseorang tanpa perkhabaran terlebih dahulu , melebihi pukul 10 malam kerana masa tersebut dikira sebagai masa rehat , bukanlah masa yang sesuai . Jalan terbaik , khabarkan terlebih dahulu kepada tuan rumah mengenai kunjungan anda . Adab semasa menziarah : * Memberi salam dan bersalaman P/s : Memendekkan tempoh ziarah bermaksud tidak bersenang-senang di rumah tersebut untuk jangka masa yang lama . Seseorang dikira sebagai tetamu hanya di dalam tempoh tiga hari ziarah . Walaupun begitu , anda perlu peka dengan keadaan dan situasi tuan rumah , agar kunjungan anda tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka . Mengawal pandangan pula termasuklah mata anda tidak meliar atau merayau-rayau ke segenap ceruk rumah meneliti setiap hiasan atau susun atur kelengkapan rumah yang anda kunjungi . Adab selepas menziarah : * Meminta izin apabila hendak beredar Satu perkara yang perlu diingat adalah memberi salam kepada tuan rumah turut mempunyai syarat yang tertentu . Jika pintu rumah terbuka, jangan berdiri di depan muka pintu dan memberi salam . Anda perlu berdiri agak jauh dari muka pintu, anggaran tidak dapat melihat isi rumah termasuk tuan rumah , bimbang terdedah aurat tuan rumah atau apa-apa sahaja yang mungkin tidak mahu diperlihatkan oleh tuan rumah . Mungkin nampak mudah dan agak remeh namun jika tidak diberi perhatian , kunjungan anda mungkin boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan . Salam Aidilfitiri dan ziarahlah dengan hati yang suci . 1 comment[s] | back to top |