♡ Lynnnnnnnn


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER FAMILY NEWER OLDER +FOLLOW
T A G B O A R D


A R C H I V E


C R E D I T

Template by Aqila Farah Zulkifli . Basecode by Yasmin/Yacemin.
Header by Aina Najihah
Re-dit by LynnJHN

Tips Cemerlang Dalam Peperiksaan :)
Assalamualaikum wbt (':

Alynn nak kongsikan lagi dengan korang semua pasal 
Tips Cemerlang Dalam Peperiksaan .
Macam mana nak cemerlang macam mana nak kekalkan 
prestasi korang yang tinggi tinggi dan yang paling penting
keputusan yang mengembirakann parents kita lah kan ?
Setuju ?
Put Your Hand Up's :)

Okeh , ada 3 saja cara korang semua nak cemerlang nak grab A's dalam
peperiksaan korang .
Nak tahu apa tak ?
Jom , kita baca selanjutnya .



Mengulangkaji 
Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada pembacaan sahaja betul tak .
Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari , memahami konsep , menghafal formula atau istilah yang penting , menganalisis isi-isi penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas , peta minda , peta konsep atau pengurusan grafik .
Membuat rujukan: membuat rujukan bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji. Rujukan boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan majalah.

Pendidikan Utusan adalah merupakan satu contoh yang baik sebagai bahan untuk pelajar-pelajar membuat rujukan. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) yang secara khusus memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan awam.
Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui agen pencari maklumat (contoh: www.google.com) kan jangan asyik asyik
ber-facebook je memanjang . Kata nak cari bahan tetapi lain pulak yang
buat . Amanah itu perlu .
Membuat latihan: Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.

Ketiga-tiga komponen di atas perlulah diintegrasikan agar proses belajar dapat dialami secara lebih berkesan tanpa berasa bosan , tertekan atau mengantuk .
Harap ini serba sedikit dapat membantu korang dalam menyelesaikan masalah yang
tak pernah lari dari pemikiran kita kan ?

Okeh insyaAllah , dengan izin Allah :)
Perbetulkan niat kita semasa hendak belajar mahupon ulangkaji .
Kesimpulannya , selamat beramal . Cubalah praktis tips belajar ini , matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata , tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).



0 comment[s] | back to top