T A G B O A R D ♡A R C H I V E ♡C R E D I T ♡CAPPATI buat Umi ♥
Assalamualaikum wbt (': Okeh alynn nak tunjuk sikit laa hasil kerja tangan sendiri buat cappati dekat umi tersayang kan ? Okeh hope korang pon lepas neh boleh lah try kan buat dekat family korang sebab kan ia nya sangat sangat mudah :) Bahan - Bahan untuk buat doh cappati tuh : Tepung "ATTA" *khas untuk buat cappati Planta Air Garam Minyak Sapi Cara Buat Pulak : 1. Masukkan tepung "ATTA" tadi tuh ke dalam bekas . *ikot suka nak letak banyak mana 2. Masukkan planta tadi *ikot jika banyak tepung lebihkan sedikit planta tuh eh 3. Gaul sehingga sebati *mksdnya bagi rata semua tada ketul ketul 4. Masukkan air garam (garam dalam 2 ke 3 sudu kecil) *air garam bancuh dengan air suam eh 5. Gaul tepung tersebut sampai menjadi adunan satu doh *nak buat banyak doh pon boleh 6. Tunggu dalam 3o minit untuk naikkan doh tersebut *tak tunggu terus masak pon boleh 7. Uli , Masak dan MAKAN :) Tadaaa inilah hasilnya :) Kuah dia buat kuah sardin takdan nak tangkap gambar dah aihh semua pakat makan dah so inilah yang dapat alynn kongsikan buat semua :) 2 comment[s] | back to top |