♡ Lynnnnnnnn


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER FAMILY NEWER OLDER +FOLLOW
T A G B O A R D


A R C H I V E


C R E D I T

Template by Aqila Farah Zulkifli . Basecode by Yasmin/Yacemin.
Header by Aina Najihah
Re-dit by LynnJHN

Apabila seorang cikgu tadika tidak percaya wujudnya Tuhan , maka ?



Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan . Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan . Tiba-tiba , dia mendapat satu akal .
Guru tadika : Anak-anak , nampak tak pen ini ?
Murid-murid : Nampak cikgu .
Guru tadika : Pen ada kan ?
Murid-murid : Ada cikgu .

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi .

Guru tadika : Anak-anak , nampak tak pen ?
Murid-murid : tak nampak cikgu .
Guru tadika : pen ada tak ?
Murid-murid : tak ada cikgu .
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak ?
Murid-murid : tak nampak cikgu .
Guru tadika : Tuhan ada tak ?
Murid-murid : tak ada cikgu .

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya . Tetapi , dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan .

Amin : Cikgu , boleh saya cakap sesuatu ?
Guru tadika : Boleh , mari ke depan .
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak ?
Murid-murid : nampak .
Amin : cikgu ada kan ?
Murid-murid : ada .
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak ?
Murid-murid : tak nampak .
Amin : cikgu ada otak tak ?
Murid-murid : tak ada .

So , the moral of this story is :

Bukti kewujudan Allah sebenarnya yakin dengan adanya Allah swt *percayalah*

Apabila telah habis ikhtiar dan jalan usaha , yakinlah sentiasa ada Allah untuk anda menanamkan rasa percaya. Yakinlah , Allah itu wujud dan menguasai segala kewujudan .


Apabila Abu Bakar R.A yang mengiringi baginda Nabi berasa gentar dan risau melihat kaki-kaki musyrik yang hanya sedepa dari mereka, Sang Rasul nyata memahami rasa genting sahabatnya lantaran bersabda , janganlah kamu takut dan gentar , sesungguhnya Allah ada bersama kita .


Sesungguhnya Allah ada bersama kita , Dia Melihat dan Mendengar . Dia Memberi manfaat dan Menahan mudarat .



Biarlah zaman-zaman keji itu berlalu , namun untuk kita terus lemas dan hanyut dalam aliran kotor itu sama sekali tidak .


Kita ada Allah yang denganNya Dia menjanjikan segala kebaikan bagi orang-orang yang taat menurut perintahNya .


Kita ada Allah yang denganNya Dia berjanji untuk mengampunkan sesiapa sahaja yang menghadapNya dengan penuh khusyuk sambil membawa hatinya untuk diperlihatkan kepada Si Pencipta ini .


Berilah ruang kepada hati anda sendiri untuk kehendaknya didengari bahawa dia penat melayan nafsu anda yang tidak mengenal puas . Berilah peluang kepadanya supaya hati anda menjadi tenang . Waallahu'alam (:






4 comment[s] | back to top