T A G B O A R D ♡A R C H I V E ♡C R E D I T ♡perkara yang perlu dilakukan jika terlanjur ?
Apa khabar? Sebelum tu jemput baca ciri-ciri gadis murahan dan lelaki pengecut kalau anda rasa kesunyian dan lagi elok baca ni, cara meningkatkan keghairahan. Ok , sambung tajuk perkara yang perlu dilakukan jika terlanjur. Begini , janganlah sama sekali anda berasa sanggup untuk ditempatkan walau sekejap di neraka Allah . Mintalah sesungguh-sungguhnya supaya dijauhkan daripada tempat yang sangat dahsyat ini . Alynn cakap begini kerana ada waktunya yang anda melakukan maksiat secara sedar , sedangkan anda amat mengetahui setiap kemungkaran kepada Allah , balasannya sangatlah berat . Betul takk ? Anda bayangkan , semua unsur yang ada di dalam neraka dicipta daripada api . A P I jadi APIIII ! Bahkan bukan api seperti api yang kita temui di dunia , tetapi api yang dikatakan 70 kali ganda lebih dahsyat . Misalan terkena api ddunia sakit takk ? Pernahkah anda tersentuh besi panas seperti kuali atau periuk nasi yang panas ? Atau pernahkah anda melihat bekas plastik atau botol plastik yang dimasukkan kuah atau air yang panas ? Pernahh ? Anda akan melihat ketika itu bekas-bekas plastik tadi akan mengecut atau melebur disebabkan kepanasan cecair yang dikenakan kepadanya . Sakit kannnn ? Maka itulah perbandingannya . Bayangkan jika yang menjadi bekas plastik tadi adalah jasad anda yang segar bugar itu . Bayangkan yang akan dituangkan cecair panas ke atasnya adalah wajah anda yang cantik dan manis itu . Diceritakan , ahli neraka akan dituangkan cecair panas melalui kepalanya yang panasnya bahan tersebut hingga menyebabkan muka mereka melebur , isi perut mereka hancur , dan kulit-kulit tubuh mereka mencair sehngga tersangkut di buku lali dan tumit mereka . Maka jika sudah terlanjur berdosa , segeralah memohon ampun kepadaNya . Allah maha Penerima Taubat . Dia akan mengampunkan hambaNya yang ikhlas memohon keampunanNya . Janganlah sekali-kali kita berputus asa daripada pertolongan Dia Yang Maha Menolong ini . Ya Allah , rahmatilah kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Merahmati , dan jangalah Engkau menyeksa kami kerana sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas kami. 0 comment[s] | back to top |