Pada malam ini (13 Julai 2011) skuad Malaysia akan turun menentang Arsenal dalam siri Jelajah Asia 2011 (Arsenal Asia Tour 2011). Perlawanan akan bermula tepat jam 8:45 malam di stadium Nasional Bukit Jalil. Stadium pada malam ini pasti gamat dengan sorakan penyokong kedua-dua pasukan.
Ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K.Rajagobal menjadikan perlawanan menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal Rabu ini sebagai medan persiapan pasukannya menghadapi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 bertemu Singapura tidak lama lagi.
Namun yang pasti, Safee Sali tidak akan diturunkan memandangkan ia masih belum pulih dari kecederaan. Kelebihan pasti berpihak kepada skuad Arsenal namun semangat dan usaha skuad Malaysia tak boleh disangkal demi memartabatkan kembali kegemilangan Bola Sepak negara.
Kepada peminat bola sepak negara, jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan Malaysia vs Arsenal yang bakal berlangsung pada malam ini. Bagi yang tidak berpeluang ke stadium, anda boleh juga menonton siaran langsung perlawanan di Astro saluran 817
Info Perlawanan
Tarikh Perlawanan: 13 Julai 2011 Masa: 8.45 malam Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil Siaran Langsung : Astro 817