T A G B O A R D ♡A R C H I V E ♡C R E D I T ♡Untukmu Bakal Zauj/Husband/Suami
*sekadar gambarr hiasan semata-mata* Kehadapan bakal zauj ku , Ana di sini sihat selalu walaupun terkadang kesakitan bertandang , namun janganlah anta bimbang . Ana di sini mampu menahannya kerana Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan apa yang hambaNya mampu . Diharap anta pun dalam keadaan sihat dan sejahtera serta sentiasa berada di bawah rahmatNya walau di mana jua anta berada . Warkah ini dilayangkan bukan untuk mengganggu anta . Sekadar ingin meluah rasa yang lama terbuku di hati ini . Maafkan Ana andai selama ini Ana leka dengan cinta dunia Maafkan Ana andai selama ini Ana tak menjaga tatasusila Maafkan Ana andai selama ini Ana tak mensiakan cintaNya Maafkan Ana andai selama ini Ana tak ingat padaNya . Ana serba kekurangan diharap anta boleh melengkapkannya Ana bukan jelitawan diharap anta mampu menerimanya Ana bukan cendikiawan diharap anta mampu membimbingnya Ana bukan hartawan diharap anta sanggup bersama Yang Ana pinta bukan ketampananmu Yang Ana damba bukan hartamu Yang Ana mahu cuma imanmu Yang Ana ingin hanyalah tauladanmu Bimbinglah Anaaa Tunjukkanlah Ana , Ana tidaklah sepuitis anta untuk menulis bait-bait kata Ana tidaklah sepetah anta dalam tiap bicara . Namun , yang pasti ianya ikhlas lahir dari hati . Ana harap kita akan dipertemukan suatu hari kelak . Di mana ketika itu , Ana dah bersedia . Ana layak untuk mendampingi anta . Bukan hanya sebagai isteri kepada anta . Tapi ibu untuk anak-anak kita ye anta . Sebelum kita diijabkabulkan , Ana akan memberitahu satu rahsia , Rahsia yang pahit untuk ditelan Sukar tuk Ana lupakan Setelah Ana memberitahu rahsia itu Ana redha jika anta pergi Ana redha jika anta membenci kerana , Segalanya belum dimetrai Segalanya belum disaksi Ana pasrah jika itu terjadi Ana pasrah jika itu takdir diri kerana , Biarlah tangis sebelum janji dimetrai Bukannya setelah semuanya selesai kerana , Ana mencari siapa yang ikhlas menemani Ana mencari siapa yang sanggup memberi Ana mencari siapa yang mampu menerima Ana mencari siapa yang pasrah dan redha Andai jodoh kita berkekalan InsyaAllah kita akan berbahagia Meskipun hayat hidup tak sama Ana akan berusaha membahagiakan anta Andai jodoh bukan milik kita Usahlah anta bermasam durja Pasti ada hikmah di sebaliknya Ana doakan kebahagiaan anta Bermohonlah padaNya selalu kerna cuma Allah yang mendengar isi hatimu . p/s : KeranaNya idea ini terluah dann ku karangkan ku lengkapkan dalam blog ini . Moga diambil manfaat atas nukilan ini . 2 comment[s] | back to top |