♡ Lynnnnnnnn


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER FAMILY NEWER OLDER +FOLLOW
T A G B O A R D


A R C H I V E


C R E D I T

Template by Aqila Farah Zulkifli . Basecode by Yasmin/Yacemin.
Header by Aina Najihah
Re-dit by LynnJHN

Nilai Wanita Bertudung (: Jom baca tambahkan ilmu semua !


Pakai tudung ini seperti pakai topi keledar ,

Benarkah ?

Yaaa . Topi keledar menjaga keselamatan nyawa . Tudung pula menjaga keselamatan akhlak Setuju takk ?

Benarkah ? 
 Kalau begitu mengapa mereka yang bertudung masih tidak dapat menjaga akhlak ?

Seperti topi keledar juga , Ada keadaan tertentu yang topi keledar tidak mampu menyelamatkan nyawa pemakainya . Pelumba haram, pemandu laju, pemandu cuai . Semuanya memakai topi keledar tetapi itu tidak dapat menyelamatkan nyawanya .

Maksudnyaaa ?

Ada yang lebih penting daripada sekadar memakai topi keledar. Antaranya memandu berhati-hati . jangan terlalu laju, mematuhi peraturan jalan raya dan sebagainya . Kaitannya dengan tudung , bertudung sahaja tidak cukup bahkan tingkahnya laku tidak liar, pergaulan terkawal , pandangan mata juga sentiasa dikawal. Sekiranya tidak , bertudung tidak mampu menjaga maruah dan akhlak .

Sekiranya begitu , di mana kelebihan bertudung ?

Seperti topi keledar juga , ia memberi pelindungan sebab macam mana pun kita berhati-hati , mematuhi undang-undang kekadang berlaku juga kemalangan yang bukan disebabkan kecuaian sendiri tetapi kecuaian orang lain. Waktu itu siapa yang bertopi keledar, maka kuranglah sikit risikonya .

Tetapi tudung sekarang pelbagai fesyen ?

Macam topi keledar juga . Ada macam-macam kann . Ada yang mengikut piawaian keselamatan . Ada yang tidak . Kekadang gaya sahaja yang lebih, bahannya rapuh . Yang  malangnya , topi keledar sudah baik tetapi cara pakai pula tidak kena . Tali dibiarkan longgar dan main sangkut-sangkut sahaja .

Kaitannya ?

Pakai tudung dan tutup aurat ini dua perkara berbeza . Ramai bertudung tetapi tidak menutup aurat . Tutup aurat ada konsep dan falsafahnya . Ia dibuat atas dasar iman dan cara perlaksanaan mengikut syariat dan tujuan akhirnya untuk mencapai akhlak . Tapi pakai tudung ini macam-macam . Mungkin niatnya mahu 'glamour', mahu cantik dan bergaya .

Jadi salahkah bertudung mahu cantik ?
 Islam itu indah bukan ?

Tidak salah tetapi yang utamanya adalah kerana Allah . Atas dasar iman . Kemudian dibuat mengikut syariat . Mana patut ditutup , maka ditutup . Labuhnya dan singkatnya mesti menepati kehendak syariat . Dengan itu barulah maruah wanita itu terpelihara . Dan InsyaAllah selamat dari gangguan !

Tapi kadangkala orang bertudung menghina orang tidak bertudung ?

Orang bertudung mugkin boleh menghina orang tidak bertudung . Tetapi orang yang menutup aurat , jika dia benar-benar menghayati konsep menutup aurat , dia tidak akan sekali-kali memandang hina orang yang tidak bertudung .

Bagaimana pula orang yang tidak bertudung akhlaknya lebih baik daripada yang bertudung ?

Ia umpama orang yang memandu dengan hemat dan cermat , tetapi tidak memakai topi keledar !

SETUJU atau TAK SETUJU ?

2 comment[s] | back to top