♡ Lynnnnnnnn


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER FAMILY NEWER OLDER +FOLLOW
T A G B O A R D


A R C H I V E


C R E D I T

Template by Aqila Farah Zulkifli . Basecode by Yasmin/Yacemin.
Header by Aina Najihah
Re-dit by LynnJHN

Jalan Tarbiyyah 1.0
♡ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ♡


"awak tau tak, roomate dia cerita kan..sepanjang diorang duduk sebilik, dia tak pernah tinggal tahajjud. sekali pon tak pernah"

dan saya pada masa itu, sangat terkesan dengan kata-kata itu.kenapa? 
kerana ......
tak pernah saya merasai nikmat tahajjud. ya, tak pernah.

sehingga kata-kata itu sampai ke telinga saya. saya berasa hairan. begitu pentingkah tahajjud ? begitu bermaknakah sehingga tak sanggup ditinggalkan.

 'dia' yang dimaksudkan di atas, adalah seorang yang sangat sangat hebat. tahu macam  mana saya boleh tertarik dengan kehebatannya ?

suatu hari saya terpandang ke arah dia yang sedang bercakap-cakap dengan cikgu. dan terpegun saya pada wajahnya yang sangat tenang dan ayu.

tidak terhenti disitu.
kemudian pula,
kerana ruku'nya. ya.

saat dia bersolat di surau, saya berada di belakang.  dan saya sekilas terpandang dia yang sedang ruku' . dan sungguh, saya terpaku kerana tidak pernah saya lihat ruku' yang secantik itu. 
badannya begitu lurus, hampir hampir tepat 90 darjah.

dan kemudian pula, kami ditemukan dalam satu program. sebilik pula. dan bicara serta akhlaknya, subhanallah :)

tetapi, Allah mentakdirkan dia harus pergi. pergi jauh dari saya.
tidaklah jauh sampai ke akhirat, tetapi jauh.

dan kerana kata-kata yang sebaris ayat tu, saya mencuba untuk merasai nikmatnya tahajjud.
masih bermujahadah .
nak tahu apa kesannya? 
cuba sendiri :)

dan sehingga kini, wajahnya sentiasa dalam ingatan.

moga kerahmatan mencurah-curah untuk insan ini yang hadir memberi banyak peringatan
moga kekal diriku, dirinya dan dirimu dalam kasih sayang Ilahi .

^____________^

p/s : di tngah jalan, post tergendala. makanya tak ingat nak tulis ape. haha







0 comment[s] | back to top