♡ Lynnnnnnnn


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER FAMILY NEWER OLDER +FOLLOW
T A G B O A R D


A R C H I V E


C R E D I T

Template by Aqila Farah Zulkifli . Basecode by Yasmin/Yacemin.
Header by Aina Najihah
Re-dit by LynnJHN

Amalan Sunat Di Bulan Ramadhan , Yukk Baca ^^
Assalamualaikum wbt :')



Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua yang beragama Islam . Sudah 10 hari kita berpuasa kan ? Pejam selik pejam selik kejap je . So bagaimana dengan puasa kalian pada tahun ini adakah lebih banyakberidabat dari tahun tahun sebelumnya ? InsyaAllah . Semoga kita semua dapat memperbanyakkan amalan kita di bulan yang mulia ini . Di antara amalan-amalan sunat yang dituntut di bulan ramadhan ini termasuklah :

1.    Bersahur dan mengakhirkan waktu sahur .
Dari Anas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)

2.    Segera berbuka puasa .
Dari Sahl bin Sa’d r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)

3.    Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka .
Diriwayatkan oleh Tarmidzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.

4.    Bersiwak atau menggosok gigi .
Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi s.a.w. bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)

   5. Bermurah hati dan banyak menderma .
Dari Ibnu Abbas r.a katanya: “Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah s.a.w. lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.
(HR Bukhari)

6.    Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””.
(HR Bukhari & Muslim)

7.    Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran.

8.    Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”
(HR At Tarmidzy)

9.    Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.
(HR Bukhari & Muslim)

10.    Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah r.a berkata: “Bahawa Rasulullah s.a.w apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.”
(HR Bukhari & Muslim)

11.    Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar r.a berkata: “Rasulullah s.a.w selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.
(HR Bukhari & Muslim

0 comment[s] | back to top