T A G B O A R D ♡A R C H I V E ♡C R E D I T ♡ |
Teruskan Berdoa Andai Benar Ingin Memilikinya InsyaAllah :)
Assalamualaikum wbt (': Memang tak dinafikan , umur lingkungan 20-an sangat memberi cabaran pada diri ini . Apatah lagi dalam menjaga hati. Melihat pasangan-pasangan di shopping mall kadang-kala mengetuk hati namun lebih nikmat bercinta selepas nikah . Tambahan lagi, lebih berkat dan mendapat rahmat daripada-Nya malahan lebih banyak pahala yang akan diperoleh . Walau diri ini sedar bahawa diri ini masih belum bersedia , namun takkan mampu diri ini menyembunyikan hasrat hati. Takkan mampu menipu diri sendiri. “Mencintai tak semestinya memiliki” Itulah kata-kata yang biasa kita dengar . Yang mana ia adalah sebagai peringatan agar kita sentiasa meletakkan pengharapan hanya kepada Allah bukan manusia atau kita hanya akan kecewa apabila meletakkan harapan kepada manusia . Melihat pasangan muda yang sudah berkahwin apatah lagi yang sudah mempunyai anak di kala umur sebaya dengan alynn menambah keinginan untuk mendirikan baitul muslim . Saya pasti ini juga berlaku pada muslimah-muslimah yang lain . Benar kan wahai kaum muslimah muslimah di luar sana ? Ada antaranya sudah melangsungkan majlis pertunangan, bermujahadah menjaga hati agar tidak bermain dengan nafsu sehinggalah majlis nikah selesai . Ada juga yang sedang menanti-nanti siapakah gerangannya yang akan menerima dirinya . Ada juga yang sudah mempunyai pilihan hati , dan hanya berserah di hamparan sejadah menanti jawapan dalam istikharah cinta sebagai jawapan daripada Allah SWT. Pada yang telah mempunyai pilihan hati , mungkin walau setelah menunaikan istikharah , si dia tidak menunjukkan respon yang diharapkan , jangan pernah berhenti berdoa kerana Allah itu Maha Mendengar. Dengarlah nasihat ini yang sebenarnya nasihat buat diri ini . InsyaAllah . Doa itu penting . Ingat tau wahai muslimah muslimah sekalian .
8 comment[s] | back to top |