T A G B O A R D ♡A R C H I V E ♡C R E D I T ♡Andai Lelaki Di Luar Semua Tahu Bahawa ?
Assalamualaikum wbt semuaa :) Andainya lelaki tahu , Apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya . Andainya lelaki tahu , Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata , itu bukan bermakna dia lemah , tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu . Andainya lelaki tahu , Apabila seorang perempuan marah , memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah , itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu . Lihat saja pasangan yang baru bercinta , mereka jarang bergaduh . Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang , semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku . Andainya lelaki tahu , Apabila perempuan bercakap banyak , dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas , tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat . Andainya lelaki tahu , Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah , itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya , tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik , bukan untuk dirinya , tetapi untuk masa depan anda . Andai lelaki tahu , Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda , bukan bermakna dia tidak sayang , tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian . Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya , anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi . Naluri keibuannya sangat kuat . Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda . Andai lelaki tahu , Apabila perempuan merajuk , jangan kata dia mengada-ngada , Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen , tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai . Andai lelaki tahu , Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’ itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya , bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya . Andai lelaki tahu , Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu , dia benar-benar maksudkannya . Apabila berjauhan , bayanganmu akan sentiasa bermain di mata . Andai lelaki tahu , Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu , jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu . Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya . Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya . Selagi dia dengan kamu percayalah , walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya , kamu tetap yang terbaik Andai lelaki tahu , Apabila perempuan menjadi degil , dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya . Percayalah hati perempuan itu sangat lembut . Andai kena caranya , jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat sahaja . Andai lelaki tahu , Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya , Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja , Apabila dia kembali tenang , percayalah dia akan mencari anda semula . Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda . Perempuan sukar untuk mengawal perasaan . Dia terlalu emosional , Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda . Andai lelaki tahu , Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri , Tetapi sekiranya mereka saling memahami , mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali . Di sebalik air matanya , tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya . Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya . Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna . 0 comment[s] | back to top |