T A G B O A R D ♡A R C H I V E ♡C R E D I T ♡Mencari Halaman Al-Quran Bagi Setiap Juzu'
Okeyy jommm tengokk dekat bawah nah apa yang alynn tulis kan neh sama ada betul atau tidakkk ~ Macam mana kannn kita semua mencari juzuk Al-Quran dengan kaedah matematik ? Pelik kannn ? Ilmu Allah begitu hebat hingga tidak terfikir oleh kita semua . Setiap yang Allah jadikan bukan sia-sia , pasti ada hikmah tersendiri yang tersembunyi dan memerlukan ianya direnung , dikaji dah diamalkan oleh manusia selaku hamba dan Dialah pencipta . Pernah terfikir semua kejadian Allah ? Cerrr tryy buku kamus kita , buku manual pejabat atau buku apa sahaja lahh kannn , kita tidak akan jumpa sesuatu yang dibuat atau dijilid hingga menjadi sebuah buku itu penuh dengan kehebatan dan rahsia seperti kitab Al-Quran . Kehebatan luaran yang dimaksudkan adalah bagaimana kita hendak mencari halaman atau muka surat bagi sesuatu Juz dalam Al-Quran tanpa melihat indeks mukasurat pada bahagian belakang Al-Quran ? Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam : ” Bacalah Al-Qur’an, karena ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa’at bagi pembacanya. ” (HR. Muslim dari Abu Umamah).Cara mudah utk mencari halaman al-quran -bg setiap juzu’ : Jom sama-sama kita belajar … CONTOH 1 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 7 di halaman ke berapa : 7-1 = 6 , perlu didarab dengan 2 jadi 6 x 2 = 12 Letakkan no 2 selepas jawapan . Jadi , juzuk 7 adalah pada halaman 122 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 7 bermula pada halaman 122 . Menarikkan ? CONTOH 2 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 25 di halaman ke berapa : 25-1= 24 , 24 perlu didarab dengan 2 jadi 24 x 2 = 48 Letakkan no 2 selepas jawapan . Jadi , juzuk 25 adalah pada halaman 482 Kecuali Juz 7 dan 11 yang istimewa dimana nombor belakang adalah 1 , yang mana cara kiraannya sama cuma nombor pada bahagian belakang adalah 1 dan bukan 2 . Cubalah sendiri , kita akan menemui keajaiban ini dan sungguh menakjubkan . Ajaibkan Al-Quran ? 0 comment[s] | back to top |