T A G B O A R D ♡A R C H I V E ♡C R E D I T ♡MENGAPA SELALU BERFIKIR TENTANG CINTA DAN HATI PERASAAN ???
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh :DHati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun . Sama ada lelaki mahupun perempuan kann tambah-tambah REMAJA zaman sekarang . Tak ada kekasih alamat malu lah nak keluar nak macam-macam lah . Tuh laa dunia sekarang TANPA kekasih dibilang kolot . MasyaAllah . Kita boleh fikir yang mana positif yang mana negatif kann ? So , fikir-fikirkan dan selamat menjawab nahh ! Manusia mmg sesungguhnya perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang . Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan , ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia . Malahan , ianya dikira WAJIB kann bagi semua ? Tapi , mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya ? Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya , betul kah tidak ? Iya kann ? Kalau Alynn mesti lahh jawapan "YA" . aishh apalah nakk jadi kann Alynn ? Sampai satu tahap , jika sentiasa memikirkan hal ini , kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah ? Jika anda masih belum mampu , jangan sekali bermain dengan perasaan . Ia tidak akan membawa kemana-mana . Perjalanan masih terbentang jauh . Jodoh ? Masih tidak yakin dengan janji Allah ? Di dalam kuliah , seorang ustaz menerangkan bahawa qada' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali . qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara yang telah ditetapkan sejak azali yang merangkumi jodoh , ajal , rezeki dan beberapa perkara lagi . Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya ? Lihatlah . Anda punyai misi untuk islam . Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta . Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri ? Dimana dimana dan dimana ? Bila fikir takot kann nah hadapi neh semua ? Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah . Ingat BUKAN mudah ! Adakah ia hanya sebuah keseronokan ? Untuk merealisasikan mimpi indah ? Tidak !!! Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti . Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya ? Mari Menjadi Hamba kepada Pencipta ~ Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata . Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka . Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi . Mereka melihat syurga di hadapan mereka . Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin . Bukan seperti kita ? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan ama l. Sedarlah ! Hidup ini satu perjuangan . Jadi , berusahalah untuk Menyihatkan IMAN ! Jangan terlalu fikirkan cinta Cinta dan perasaan satu keperluan . Tetapi kita mesti pandai menguruskannya . Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan . Buat persediaan , dan lakukan ta'aruf dan seterusnya . Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang , tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya . Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya. Lihatlah cinta yang sebenar ini ! Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU." 2 comment[s] | back to top |